Sedia berbincang, selesaikan masalah antara majikan bersama pekerja
BANGI
– Para majikan disarankan untuk berbincang dengan Jabatan Tenaga Kerja
mengenai sebarang masalah berkaitan penggajian pekerja sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jurulatih Keusahawanan, Ritakamal
Sadirman berkata, jabatan berkenaan bersedia berbincang dan memberi
nasihat untuk menyelesaikan masalah di antara majikan dan pekerja.
“Ada kelonggaran untuk majikan berbincang
dengan pekerja-pekerja mereka, mungkin gaji pekerja diberi separuh
sahaja pada bulan ini, ataupun dalam situasi-stuasi yang menekan majian
juga boleh memberi cuti tanpa gaji.
“Tapi kesemua ini perlu mendapat persetujuan daripada pejabat buruh,” katanya ketika temu bual Ekslusif TV Pertiwi hari ini.
Mengulas lanjut, Ritakamal berkata, pada
mulanya ramai yang khuatir bahawa mereka hanya boleh mengeluarkan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mengabil caruman Sistem
Insurans Pekerjaan (SIP) untuk menampung kehidupan menghadapi PKP dan
wabak COVID-19.
Katanya, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan sebelum ini telah melegakan dan membantu para peniaga.
“Jika tidak, rata-rata peniaga
kecil-kecilan semakin tertekan kerana mereka hanya mampu bertahan
sehingga sebulan hingga dua bulan sahaja. Lepas habis pasca PKP ini apa
akan jadi kerana duit mereka telah habis,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan pakej perihatin tambahan
sebanyak RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dana tambahan itu dibuat bagi membantu
kesukaran yang dialami oleh industri tersebut pada masa ini susulan
penularan pandemik COVID-19.
Bantuan itu tambahan kepada pelan
penyelamat COVID-19 RM250 bilion, atau Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat, yang diumumkan Muhyiddin bulan lepas.
Ia terdiri daripada RM128 bilion untuk
kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion
untuk memperkukuhkan ekonomi negara, selain RM20 bilion yang diumumkan
dalam pakej terdahulu.
“Pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini
diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya
menjamin 2/3 daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat
pekerjaan,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan