HOSPITAL Bukit Mertajam (HBM) mengesan ahli keluarga atau waris kepada lelaki warga emas yang meninggal dunia di hospital berkenaan pada 19 Disember tahun lalu.
Menurut kenyataan Unit Perubatan Forensik hospital itu, jenazah Abdul Rahman Ibrahim, 73, yang dimasukkan ke HBM pada 14 Disember lalu masih belum dituntut sehingga kini.
Menurutnya, alamat tertera pada kad pengenalan lelaki itu ialah No 4, Kampung Jawa, Melaka.
“Pihak HBM dengan kerjasama polis sudah mencari di alamat berkenaan termasuk membuat pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun gagal.
“Justeru, kami memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat waris lelaki itu supaya menghubungi talian 04-5497333,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan