Semua pihak perlu hormat keputusan, menilai tindakan berkenaan
MARANG – PAS menyifatkan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin sama seperti tidak percaya kepada Yang di-Pertuan
Agong.
Astro AWANI melaporkan Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata semua pihak perlu menghormati
keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Jelasnya terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian dengan tindakan yang dibuat pihak berkenaan.
“Oleh kerana itu mereka yang cuba balik
hendak ungkit undi tak percaya, (sama seperti) tidak percaya pada
Tuanku. Tidak percaya kepada Tuanku, tidak percaya pada Agong. Terpulang
kepada rakyat untuk menilai mereka,” katanya dalam sidang media di
Dewan Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) dikatakan
akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri
dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
Usul undi tidak percaya itu akan dibawa
ke Parlimen susulan perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana
menteri kelapan dimana PH mendakwa tidak mendapat sokongan majoriti ahli
parlimen.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden Bersatu
itu sebagai perdana menteri kelapan selaras dengan perkara 402(2)(a) dan
perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua
parti politik dan ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon
perdana menteri kepada Agong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan