Perkara itu sengaja dibangkitkan UMNO dengan 'tagline' kerajaan sepenggal
BANGI
– Pegawai Khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi
Mamat mendakwa, sentimen rakyat yang melihat Pakatan Harapan (PH) tidak
berjaya menunaikan manifesto 100 hari kerajaan, adalah permulaan kepada
kebencian terhadap parti tamak haloba, DAP.
Beliau mendakwa, sentimen yang mulai menguasai pemikiran rakyat itu sepertinya tidak dapat ditepis lagi.
Dakwanya, UMNO mengambil kesempatan di atas kekalutan itu malah telah memprovokasikan lagi semangat rakyat.
“Jadi apabila sentimen itu semakin besar,
maka persepsi terbina bahawa segala punca ini seperti DAP (di samping
punca-punca lain) antara penyebab sentimen itu berlaku,” katanya ketika
temu bual Kerusi Panas TV Pertiwi, malam ini.
Dr Samsu Adabi yang juga bekas calon
Bersatu di Parlimen Putrajaya berkata, banyak perkara yang silap
daripada tanggapan rakyat terhadap PH pada peringkat awal kerana
sentimen nasional.
Katanya, sentimen itu didapati lahir berdasarkan penelitian terhadap isu pada setiap minggu.
Beliau mendakwa sentimen nasional yang
timbul ini seperti sengaja dibangkitkan oleh ‘sceptre’ UMNO dengan
‘tagline’ kerajaan sepenggal.
“…sebenarnya persepsi persepsi yang besar ini rakyat kadang-kadang tidak menyangka bahawa inilah penyebab sebenar.
“Apabila situasi yang berlaku sekarang
ini telah berlaku, maka di sini rakyat akan dapat melihat bagaimana
bahayanya isu perpaduan ini iaitu apabila tohmahan-tohmahan terhadap DAP
yang dibuat secara melampau akan menghasilkan satu situasi perpaduan
yang tenat dalam negara kita.
“Dan saya percaya rakyat akan mula
membelek satu persatu daripada sentimen awal, mereka akan membina satu
realiti baru di mana betapa pentingnya perpaduan dalam situasi ini,”
kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan