Ahad, 15 Mac 2020

Rita dikecam isu solat Jumaat

Wartawan MalaysiaGazette
MGF07102018_ABPBH_39
Pelakon, Rita Rudaini
 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah mengeluarkan arahan solat Jumaat di seluruh negeri Perlis kelmarin digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, pelakon, Rita Rudaini tidak setuju dengan keputusan tersebut dengan mengatakan masjid adalah tempat selamat dan orang ramai tidak perlu takut untuk ke masjid.

Rita turut mempersoalkan keputusan tersebut kerana ianya tidak relevan kerana jika sudah mengeluarkan keputusan seperti itu bermakna orang ramai tidak perlu ke pejabat dan pelajar tidak perlu ke sekolah.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai respon daripada netizen dimana ada yang menyokong dan ada yang mengecam pendapat pelakon itu.

Jelas netizen, rakyat sepatutnya menghormati keputusan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.
Semalam, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Perintah Raja Perlis itu dibuat setelah mendapat pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan Covid-19, serta panduan dan irshad daripada Jawatakuasa Fatwa Negeri Perlis. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: