Ahad, 15 Mac 2020

Kerajaan PH catat Malaysia Book of Record – Najib

Mohammad Arif Nizam
MGF150320_NAJIB-MAKAN-TENGAH-HARI-BERSAMA-PENYOKONG_16-1
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama penyokong pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Penyokong Media Sosial di Goat2gofarm, MAEPS, Sedang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana hanya mampu mentadbir paling pendek dalam sejarah negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tempoh yang singkat itu bukan kerana salah beliau namun pasti ada sebab tersendiri.

Ini kerana kata Ahli Parlimen Pekan itu, rakyat sendiri yang telah menghukum PH selepas tiada hasil yang ditunjukk sepanjang 21 tahun diberi peluang mentadbir negara.

“Salahkan diri sendiri kerana rakyat yang hukum mereka. Kita boleh tengok dalam lima Pilihan Raya Kecil dan paling ketara di Tanjung Piai.

“Di Kimanis tiada siapa yakin kita akan menang dan itulah cerminannya. Punca PH tumbang kerana mereka mencurigai antara satu sama lain kerana mungkin berjanji antara satu sama lain namun 21 bulan apa hasil yang rakyat dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama 100 penyokong media sosial di goat2gofarm di Maeps di Serdang hari ini.

Najib menambah, hari ini jika ditanya kepada rakyat apa hasil kerajaan PH, semuanya pasti tergamam untuk menjawab.

Malah jelasnya, rakyat berfikir-fikir pula untuk mencari jawapan itu.

“Kalau dulu kalau tanya, rakyat spontan beritahu ada BRIM, bantuan petani dan persekolahan. Tapi bila tanya tentang PH, mungkin regulasi rokok ada yang suka. Namun pendakwaan pula ada yang ditarik balik, malah ada sudah dihukum pun ditarik balik.

“Kalau bab keadilan sehingga Peguam Negara (AG) letak jawatan dan mengaku lantikan politik. Mana ada AG mengaku macam itu dan SPRM pun sama.

“Padahal itu janji dalam manifesto mereka namun anggap bukan Bible bila gagal tunai janji,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: