Ini susulan laporan Malaysiakini bahawa seorang bekas menteri dan bekas timbalan menteri berada dalam kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Beliau mendapati bahawa bekas menteri dan timbalan menteri, yang juga ahli parlimen, berada dalam beberapa mesyuarat politik sewaktu berlakunya krisis politik sekitar seminggu selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan, Isnin lalu.
"Ujian sedang dijalankan terhadap bekas menteri dan bekas timbalan menteri. Mereka menghadiri banyak mesyuarat politik semasa krisis tersebut.
"Kedua-duanya tidak dijangkiti tetapi ujian akan dijalankan. Pihak kesihatan menasihatkan supaya kuarantin diri sendiri jika anda telah bertemu dengan seseorang yang pernah mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid 19.
“Berdasarkan
apa yang dinyatakan, tindakan yang bertanggungjawab adalah untuk
kuarantin diri sendiri untuk hari ini dan esok, sehingga kita mendapat
keputusan ujian bekas menteri dan bekas timbalan menteri itu,” katanya
dalam hantaran di Facebook.
Wong
Chen berkata tidak perlu panik dan langkah berjaga-jaga sedang diambil
untuk mengekang sebarang kemungkinan bagi penyebaran virus itu.
"Saya akan bekerja dari rumah dan akan berhubung dengan pegawai saya melalui conference call," katanya.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa bekas menteri dan bekas timbalan menteri itu merupakan dari Perikatan Nasional dan seorang lagi dari PH. Mereka mempunyai kontak rapat dengan pesakit kes ke-26, Covid-19 di negara ini.
Pesakit ke-26 merupakan pegawai kanan kepimpinan Khazanah dan ketua syarikat berkaitan kerajaan.
Beliau telah menghadiri majlis kerajaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 Feb, bersama kedua-dua mereka.
Menurut Kementerian Kesihatan, pesakit ke-26 itu telah pergi ke Shanghai pada pertengahan bulan Januari.
Beliau demam dan mempunyai sakit tekak pada 27 Feb, iaitu pada hari yang sama dalam acara itu, dan telah disahkan positif Covid-19 pada 29 Feb.
Beliau telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh.
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan