Khamis, 6 Februari 2020

Rombakan Kabinet: Pengerusi DAP Kelantan ingatkan Dr. M jangan ambil ‘orang luar’


PENGERUSI DAP Kelantan Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar tidak mengambil ‘orang luar’ dalam rombakan Kabinet.

Menurut Zaid, di bawah sistem Parlimen, perdana menteri tidak mempunyai mandat sebagai presiden.

“Cakap-cakap makin kuat bahawa PM (Perdana Menteri) akan membuat rombakan Kabinet secara besar-bersaran. Anda boleh membuat rombakan Kebinet dalam kalangan anggota Pakatan Harapan tetapi tidak sehingga membawa orang luar.

“Perdana Menteri di bawah sistem Parlimen tidak mempunyai mandat seperti seorang Presiden,” kata Zaid.

Dalam Twitternya, Zaid yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi DAP Kelantan pada bulan lalu berkata, Dr. Mahathir akan ‘terbelit’ sekirannya beliau merombak keseluruhan anggota Kabinet.

“Sekiranya PM merombak keseluruhan Kabinet; dia membelit dirinya. Dia tidak lebih kuat daripada kekuatan kolektif PH.  Saya ulanga, dia bukan Presiden,” kata Zaid.



Ketika ini khabar angin bertiup kencang bahawa parti pembangkang UMNO dan Pas telah dilamar untuk menyertai kerajaan.

Sebelum itu Ahli Majlis Kerja Tertingg UMNO, Datuk Lokman Noor Adam Lokman dalam hantaran video di Facebook mendakwa Ahmad Zahid ‘mengaku ada perancangan UMNO untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membentuk satu pakatan baharu.

Rakaman audio tiga minit 18 saat yang mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional baru-baru ini juga telah didedahkan kepada umum.

Dalam rakaman audio itu, Ahmad Zahid didakwa menyatakan bersandarkan Muafakat Nasional, UMNO perlu mengikut tindakan Pas ‘supaya tidak tertinggal di belakang’.

Semalam Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan partinya supaya berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah dengan sebarang tawaran untuk menjalin kerjasama politik dengan Bersatu.

Katanya, Umno perlu menimbang sebaik-baiknya sama ada kerjasama seumpama itu akan memberi manfaat atau sebaliknya mudarat kepada parti dan orang Melayu untuk jangka masa panjang.-SM

Tiada ulasan: