LELAKI
yang mendakwa ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ ditahan buat kali ketiga
apabila terus menjadikan sebuah surau di Bukit Bauk, Dungun sebagai
istananya, hari ini.
Dalam operasi pada 3.30 petang itu, suspek berusia 34 tahun gagal melarikan diri sebelum ditahan polis.
Serbuan
dilakukan seramai 26 anggota penguat kuasa termasuk polis, Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Agama Daerah Dungun dan Majlis
Perbandaran Dungun (MPD).
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan
Baharudin Abdullah berkata, suspek didapati turut membina pelbagai
binaan termasuk menghias kawasan dalam dan luar surau serta pondok di
situ dengan kain berwarna kuning.
“Selain
itu, kesemua tingkap surau terbabit ditutup dengan sejadah supaya tidak
dimasuki cahaya, malah suspek memasang lilin dengan mendakwa perlu
mengerjakan ibadat dalam suasana gelap,” katanya.
Baharudin berkata, saringan ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine.
SURAU di Bukit Bauk yang dijadikan sebagai istananya. FOTO Rosli IlhamMenurutnya,
suspek dipercayai tinggal di surau berkenaan sejak Oktober 2018 dengan
memasang lilin di kesemua tingkap surau terbabit serta meletakkan kayu
mimbar selain sofa di situ.
Katanya, perbuatan itu menyebabkan orang ramai tidak berani untuk menunaikan solat di surau terbabit.
“Suspek
kali pertama ditahan pada 10 Mac 2019 sebelum dia dibebaskan dengan
jaminan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
“Tangkapan
kedua dilakukan pada September tahun lalu sebelum lelaki itu dihantar
ke Hospital Permai Tampoi, Johor untuk menjalani pemeriksaan mental,”
katanya.
Katanya, siasatan akan dibuat mengikut mengikut Seksyen
3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 dan Seksyen 6 Akta Dakwaan Palsu Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan