TERKINI
Wabak koronavirus baharu kini telah menjangkiti lebih 28,200 orang di seluruh dunia.
Setakat ini, angka terkini menunjukkan 28,297 telah dijangkiti.
Saham di pasaran AS tinggi, kekhuatiran koronavirus berkurangan. Saham di pasaran Amerika Syarikat ditutup pada paras rekod pada Rabu.
Data ekonomi AS dicatat dalam keadaan baik dan keadaan ini disokong pengurangan dari segi kekhuatiran terhadap kesan penularan koronavirus di China ke atas sektor kewangan.

Angka kematian akibat 2019 nCoV mencipta rekod baru di China, dengan 73 kes dicatatkan dalam sehari.
Dengan angka itu, jumlah kes kematian terkini di tanah besar China adalah sebanyak 563.
Virus yang sedang merebak satu dunia dan hangat disebut sebagai 2019 novel coronavirus ketika ini belum ada namanya.
Ia hanya nama sementara dan sekumpulan saintis penyelidik epidemiologi di Amerika semakin hampir mereka nama untuknya.

WHO memerlukan ASD675 juta untuk Pelan Strategik Persiapan dan Respons yang dirancang dalam usaha menangani penularan wabak koronavirus.
Dana ini diperlukan untuk Februari hingga April 2020. Ia termasuk bagi melindungi negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan awam yang lemah.

Kes jangkitan manusia-ke-manusia
novel koronavirus 2019 pertama Thailand telah dibenarkan keluar dari
hospital selepas ujian makmal menunjukkan dia telah sembuh sepenuhnya.
5 FEB 2020
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan empat kes baharu novel koronavirus (2019-nCoV) pada Rabu.
Ia melibatkan pesakit termuda iaitu seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang merupakan anak kepada pasangan yang dijangkiti virus tersebut.
Bayi tersebut dikesan positif koronavirus pada pukul 2 petang pada Rabu dan dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak dan Wanita KK. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Jumlah individu dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) di Korea Selatan terus meningkat kepada 19 orang pada Rabu.
Kes terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai kontak dengan pesakit kes ke-18.
KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH
Jabatan
Kesihatan Negeri Selangor hari ini menafikan terdapat satu kes patient
under investigation (PUI) melibatkan kes Novel Koronavirus (2019-nCoV)
di Klinik Kesihatan Salak Tinggi, Daerah Sepang, seperti mana yang tular
dalam laman media sosial hari ini.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi jabatan itu, ia berkata, pesakit berkenaan tidak memenuhi definisi kes dan tiada kontak dengan kes positif nCoV, atau mempunyai sejarah ke China dalam tempoh 14 hari yang lepas. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Semua individu yang masuk ke Hong Kong dari China wajib menjalani kuarantin selama dua minggu bermula Sabtu ini.
Perkara yang diumumkan Ketua Eksekutifnya, Carrie Lam itu adalah sebagai langkah dalam menangani penularan wabak novel koronavirus yang memasuki wilayah itu menerusi rentas sempadan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan perincian berkenaan proses kuarantin yang akan dilaksanakan. KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan