SEGALA lamaran terhadap UMNO perlu di bawa ke meja perbincangan pelbagai peringkat dalam parti.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,
lamaran terhadap parti itu perlu dibahaskan dengan mendalam dan jujur
agar tidak terperangkap dalam permainan politik pihak-pihak tertentu.
Apa yang lebih penting, menurut beliau, UMNO tidak
berpecah-belah hanya kerana terlalu cepat menerima lamaran yang masih
samar-samar dan sarat dengan tanda tanya.
Mohamad berkata, beberapa perkara perlu dipertimbangkan semasak-masaknya.
“Adakah tujuan lamaran itu ikhlas dan strategik kepada kepentingan bangsa, agama dan parti?
“Akankah ia menguntungkan parti dan bangsa Melayu dalam
jangka masa panjang? Juga kemudaratannya kepada UMNO dan bangsa Melayu
jika ia tidak laksanakan.
Persoalan itu ditimbulkan Mohamad berikutan khabar yang
sedang berlegar bahawa UMNO akan dilamar untuk bersama-sama mengukuhkan
kepentingan politik Melayu.
Namun, Mohamad menegaskan pihak yang melamar haruslah jelas dengan tujuan mereka.
“Jika benar ia demi kepentingan Islam dan bertujuan
mengukuhkan kepentingan bangsa, maka wajarlah lamaran itu difikirkan
semasak-masaknya.
Menurut beliau, dalam politik, perlu ada kejelasan dalam tujuan, aspirasi dan tindakan.
Yang paling penting, dalam politik jangan pernah lupa apa itu ‘perjuangan’.
“Sesuatu yang kelihatan dan kedengaran terlalu baik itu, boleh jadi perkara yang sebaliknya.
“Too good to be true adalah ratib berwaspada yang sebenarnya matang dan berasas,” nasihat Mohamad.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan