Isnin, 10 Februari 2020

Himpunan Daie : Hujan Lebat Tidak Halang 100,000 Banjiri ‘Drawbridge’


KUALA NERUS, 9 Februari - Hujan lebat di sekitar ‘Drawbridge’ tidak menghalang lebih 100,000 hadirin daripada berganjak dalam Himpunan Daie Nusantara Terengganu Sejahtera di sini semalam.

Perhimpunan bagi mendengar pengisian daripada pendakwah terkenal nusantara, Dr Ustaz Abdul Somad menyaksikan kawasan lapang tersebut dipenuhi lautan manusia dari pelbagai daerah dan negeri.

Sementara itu, siaran langsung di laman sosial Facebook turut mencatatkan tontonan melebihi 1 juta setakat jam 1.00 pagi hari ini.

Acara bermula pada jam 6.30 petang dengan konvoi anak muda Terengganu dan dianggarkan sekitar 3,000 peserta menyertai perarakan tersebut.


Barisan kepimpinan negeri bersama Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar.

Program kemudiannya disusuli dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idrus sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah selepas solat Isyak.

Himpunan berkenaan turut diselitkan dengan kutipan amal untuk Tabung ‘Terengganu For Yaman’, dilaporkan kutipan yang berjaya dikutip melebihi RM80,000.

Tinjauan media turut mendapati hampir 70 peratus pengunjung adalah golongan muda yang datang dari pelusuk Terengganu dan negeri jiran.

https://www.teganukita.net/

Tiada ulasan: