
Penerima hadiah tertinggi kewartawanan, Anugarah Kajai, pada 2014 itu turut berkata, perbincangan masih dijalankan antara beliau dan Haniff dan tiada keputusan muktamad dicapai setakat ini.
“Malah saya masih lena bincang dengan NUJ (Kesatuan Wartawan Kebangsaan) kerana saya masih bersama mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Awal hari ini, Haniff berkata, beliau bersedia untuk mewakili Ibu Yati yang berdepan tiga pertuduhan membuat kenyataan membabitkan koronavirus (2019-nCoV) di laman Facebook miliknya, Januari lalu.
Haniff dalam pesanan ringkas kepada MalaysiaGazette berkata, beliau sedia untuk mewakili Ibu Yati bagi berdepan tiga pertuduhan keatas dirinya.
“Ya. Saya akan mewakili dia,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette.
Dalam pada itu, Haniff berkata, beliau berjanji akan berjuang bagi mendapatkan keadilan untuk Ibu Yati dalam kes itu.
Semalam, Ibu Yati mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.
Ketiga-tiga kenyataan itu dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, pukul 10 malam, pada 26 Januari 2020 dan didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap wartawan tersebut.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan