AMK Wilayah Persekutuan menegaskan pihak itu
tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin terhadap pimpinan parti
yang didapati bersalah ekoran penahanan beberapa individu berkaitan kes
penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium dekat Puchong
Ahad lalu
“Kami menolak sebarang gejala penyalahgunaan dadah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin tanpa berkompromi jika pimpinan terlibat didapati bersalah.
“Sebarang tindakan akan di ambil mengikut Kod Tata Etika Anggota berdasarkan Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Peraturan Tetap Angkatan Muda Keadilan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhuan berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyokong penuh tindakan yang bakal diambil.
Beliau turut berharap proses undang-undang berjalan lancar tanpa sebarang campur tangan pihak luar.
“Saya juga berharap semua pihak dapat menghormati prinsip bahawa seseorang tidak bersalah selagi belum disabitkan kesalahan sementara dalam proses siasatan,” katanya.
ADUN Dengkil nafi ditahan polis
Muhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis
Terdahulu, tular di media sosial seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor antara 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan sebuah premis di Jalan Puchong di sini semalam.
Pemeriksaan mendapati terdapat penganjuran 'private party' di premis berkenaan yang turut melibatkan perjudian dan penggunaan dadah.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menerusi sidang akhbar semalam enggan mendedahkan identiti semua individu yang ditahan kerana siasatan masih dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan