Kebanyakan petani yang melaksanakan tanaman
kontan di negara ini masih menggunakan kaedah lama yang bergantung harap
kepada sumber air secara manual. (Gambar kecil: Mazlan). - Foto Bernama
Katanya, bayaran berkenaan dilakukan melalui tabung bencana milik LPP dan sedikit sebanyak dapat membantu golongan pesawah dalam menghadapi musim panas dengan menyelenggara kawasan pertanian (sawah) mereka.
“Kita akan cuba memperluaskan bantuan ini kepada golongan petani yang lain terutamanya kepada mereka yang menjalankan tanaman kontan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kedai Input Pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simpang Renggam di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Simpang Renggam, Md Judyar Malik dan Pengurus Besar PPK Simpang Renggam, Eddlie Ismail.
Menurut Mazlan lagi, kebanyakan petani yang melaksanakan tanaman kontan di negara ini masih menggunakan kaedah lama yang bergantung harap kepada sumber air secara manual.
Ia berbeza dengan kaedah tanaman fertigasi di beberapa negara maju, yang mana para petani tidak perlu bimbang dengan keadaan cuaca kerana mereka dapat menuai hasil pertanian masing-masing sepanjang tahun.
“Buat masa ini, kerajaan hanya menyalurkan bantuan bencana banjir sahaja kepada pengusaha atau petani tanaman kontan tetapi kini, (kita) sedang mengkaji dan mencari satu kaedah bantuan kepada mereka apabila tibanya musim kemarau,” katanya.
Dengan kewujudan skim terbabit, ia juga akan memberikan manfaat kepada lebih kurang 920,000 ahli LPP di seluruh negara, yang dijangka dilaksanakan pada April tahun ini.
“Dengan adanya skim ini, kita akan dapat mempelbagaikan manfaat yang dapat diterima oleh ahli LPP, yang mana sebelum ini masing-masing hanya bergantung harap kepada bayaran dividen sahaja setiap tahun,” katanya.
Sebelum itu, Mazlan menyampaikan bantuan bencana banjir kepada 69 penerima yang merupakan ahli PPK berkenaan berupa baucar barangan untuk membeli baja dan juga peralatan pertanian. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan