Oleh Athirah Huda Zalhe
Malaysia berhak buat keputusan walaupun WHO belum keluar larangan
BANGI,
– Tindakan memperketatkan saringan suhu di pintu masuk negara tidak
mencukupi untuk mengawal atau mengekang penyebaran wabak Novel
Coronavirus (2019-nCoV) ke Malaysia.
Pengerusi
Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Kuala
Lumpur, Dr Ahmad Muslim Ahmad Roslan berkata, ini kerana terdapat kes di
mana pesakit yang dijangkiti Novel Coronavirus, namun tidak mempunyai
simptom seperti demam, batuk dan gejala lain.
Sehubungan
itu, tindakan terbaik yang disarankan adalah menghalang atau
mengetatkan kemasukan pelancong China ke Malaysia, sebelum penularan
jangkitan menjadi lebih teruk di negara ini, katanya.
“Ini boleh
dibuat melalui larangan lawatan ke China khususnya ke Wuhan serta
larangan atau mengetatkan kemasukan pelancong dari China khususnya
Wuhan, sama ada melalui jalan udara, darat mahu pun laut.
“Malah,
telah ada negara yang telah berbuat demikian bagi menjaga keselamatan
kesihatan rakyat mereka,” katanya dalam artikel yang disiarkan di
ruangan Pendapat Ismaweb.net, hari ini.
Beliau
berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum
mengeluarkan sebarang larangan lawatan dan perdagangan dengan China,
Malaysia berhak untuk lebih ke hadapan demi melindungi rakyat.
“Dan
larangan serta sekatan ini adalah bersifat sementara sehingga keadaan
penularan jangkitan menjadi lebih terkawal serta rawatan yang lebih
jelas ditemui.
“Walaupun
kerajaan perlu mengambil kira aspek politik, hubungan antara negara
serta ekonomi dalam mengeluarkan tindakan ini, aspek keselamatan
kesihatan rakyat Malaysia perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya,”
katanya.
Semalam,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu lagi kes yang
disahkan dijangkiti koronavirus malam tadi, menjadikan jumlah individu
disahkan positif 2019-nCoV kepada empat setakat ini.
Kes
terbaharu itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak, yang mendesak
kerajaan supaya menyekat sementara kemasukan pelancong China ke negara
ini sehingga wabak berkenaan pulih.
IKUTI ULASAN PENUH BELIAU MENGENAI NOVEL CORONAVIRUS DALAM RUANG PENDAPAT ISMAWEB.NET
Tiada ulasan:
Catat Ulasan