Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Nga Kor Ming bahawa DAP akan meninggalkan PH sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diiktiraf hanyalah "ugutan kosong".
Pemimpin PAS itu merujuk kepada kenyataan Nga yang juga timbalan setiausaha agung DAP dalam sebuah wawancara bahawa parti mereka mencapai kesepakatan tidak akan teragak-agak keluar dari gabungan parti kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.
Kata Fadhli, kenyataan Nga itu hanyalah sebagai tekanan buat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Saya berpandangan bahwa DAP tidak akan sekali-kali keluar daripada PH sekalipun UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan.
“Namun sehingga ke hari ini, DAP tidak pun keluar PH walaupun ada agenda yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir tidak sesuai dengan kehendak DAP,” kata timbalan ketua Pemuda PAS itu dipetik HarakahDaily.
Nga dalam wawancara bersama Oriental Daily itu juga mengakui bahawa DAP dan PH gagal menguar-uarkan pencapaian mereka secara berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan