Selasa, 28 Januari 2020

Selangor teruskan tugas ke luar negara dengan nasihat Wisma Putra

Wartawan MalaysiaGazette
MGF240120_PCMENTERIBESARSELANGOR01
Datuk Seri Amirudin Shari 
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor tetap meneruskan tugas ke luar negara seperti dijadualkan sebelum ini dengan mendapatkan nasihat daripada Wisma Putra.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu sudah menjadi kelaziman sebelum mengadakan lawatan dan bukan hanya membabitkan penularan jangkitan 2019 Novel coronavirus (2019-nCoV).

“Kita akan teruskan (lawatan) terutama ke kawasan yang kurang berisiko dan akan meneliti semula jika ada tindakan selanjutnya. Lazimnya kita akan rujuk Wisma Putra untuk mendapat maklum balas serta nasihat dari semasa ke semasa.

“Biasanya Wisma Putra mempunyai maklumat terkini bagi sesuatu tempat dan masalah. Saya percaya kita mampu menangani dan berdepan risiko tersebut,” katanya seperti dilaporkan.

Amirudin berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan maklumat terkini jangkitan memandangkan Selangor merupakan pintu masuk utama negara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: