China catat 840 kes baharu, 5,355 jumlah keseluruhan kes
WUHAN – Jumlah kematian akibat wabak coronavirus kini meningkat kepada 131
orang, sementara sebanyak 840 kes baharu disahkan, kata pihak berkuasa.
Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei dalam
satu kenyataan hari ini berkata, 25 lagi kematian akibat wabak
berkenaan dicatatkan malam semalam.
Dengan angka terbaharu di Hubei, jumlah kes yang disahkan di China kini sekurang-kurangnya 5,355 kes.
Suruhanjaya Kesihatan China semalam
melaporkan, sebanyak 4,515 kes dicatatkan pada hari Isnin dan dijangka
membuat pengumuman berkenaan bilangan kes yang dikemaskini pada hari
ini.
Wabak berkenaan mula dikesan di bandar
Wuhan pada akhir Disember lalu sebelum menular ke Hubei yang merupakan
hab pengangkutan utama, dan kebanyakan wilayah telah dikenakan perintah
berkurung sebagai langkah mencegah coronavirus daripada terus tersebar.
Coronavirus dilaporkan, telah merebak ke
lebih 12 buah negara, dengan tiada kematian yang disahkan setakat ini
berlaku di luar China.
Ia merebak di antara manusia melalui batuk atau bersin.
Masih terlalu awal untuk mengetahui kadar
kematian akibat wabak itu, kerana terdapat banyak kes penyakit ringan
yang tidak dapat dikesan.
Ketakutan terhadap penyebaran wabak
coronavirus telah menyebabkan syarikat penerbangan mengurangkan jadual
ke China, manakala syarikat global pula menyekat perjalanan pekerja ke
negara itu. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan