Datuk Dr Mohd Rushdan B Mohd Noor
Penyakit MERS-CoV, SARS beri gejala sama seperti wabak Wuhan
CORONAVIRUS adalah
nama umum untuk sejenis virus yang menyebabkan demam selsema daripada
selsema ringan hinggalah dalam bentuk serius sehingga menyebabkan
kematian.
Analogi mudah untuk faham adalah
coronavirus macam nama bapa. Anak-anak akan dinamakan dengan nama
masing-masing, tetapi berbinkan nama bapa yang sama.
Jadi kita kenal anak itu daripada namanya, nama mereka berbeza tetapi semua mempunyai bapa yang sama.
Setakat ini nama-nama anak yang sangat
terkenal adalah MERS-CoV singkatan kepada Middle East Respiratory
Syndrome Coronavirus dan SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome
Coronavirus).
Coronavirus ini dipanggil Zoonotik sebab boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia.
Mereka boleh menjalani proses “antigenic shift” sehingga boleh menukar sasaran jangkitan daripada haiwan kepada manusia.
MERS-CoV ditularkan daripada kelawar dan
unta kepada manusia (mula dikesan di Arab Saudi), virus ini menyebabkan
kematian seramai 800 orang di Timur Tengah sekitar tahun 2012.
SARS-CoV pula dipercayai ditularkan
daripada kelawar dan kucing civet kepada manusia (mula dikesan di
Guangdong, China), mula menyerang manusia pada tahun 2002/2003 dan
membunuh sekitar 700 orang di China dan Hong Kong.
Kaedah sebenar bagaimana virus ini boleh
menular daripada haiwan kepada manusia belum diketahui oleh ahli Sains,
tetapi berkemungkinan melalui makanan ataupun kontak secara terus dengan
haiwan-haiwan ini.
Disebabkan manusia berpindah dan
bergerak, virus-virus ini tersebar di banyak negara, tidak hairanlah
mengapa negara kita juga tidak terkecuali.
Sekarang ini lahir satu lagi ahli keluarga coronovirus yang belum dikenali, bukan MERS-CoV dan bukan SARS-CoV.
Disebabkan ianya baru dilahirkan dan
belum ada nama, maka ia diberi nama sementara sebagai 2019 Novel
Coronavirus ataupun 2019-nCoV.
Coronavirus yang baru ini dipercayai
lahir di daerah Wuhan negeri China pada tahun 2019 dan seperti juga
dengan MERS-CoV dan SARS-CoV, 2019-nCoV juga adalah zoonotik.
Haiwan yang menjadi tempat asal coronavirus yang baru ini berkemungkinan daripada kelawar dan ular.
Disebabkan ketiga2 adik-beradik ini daripada keluarga yang sama, maka mereka memiliki beberapa ciri-ciri persamaan.
Mereka memberi gejala-gejala yang lebih
kurang sama iaitu demam, selsema, batuk, sesak nafas dan di dalam kes
yang serius menyebabkan radang paru-paru dan kematian.
Kaedah penyebaran pun hampir sama. Setakat ini, belum ada vaksin dan antiviral yang berkesan untuk mencegah dan merawatnya.
Pada waktu yang sama mereka juga memiliki
perbezaan dan salah satu daripadanya adalah tahap keganasan (kalau
dalam keluarga, tahap kenakalan dan kejahatan).
Memang sukar untuk mengukur tahap
keganasan virus-virus ini kerana ahli sains perlu menentukan bilangan
manusia yang dijangkiti dan yang mati.
Bilangan yang mati mungkin lebih mudah
tetapi untuk menentukan jumlah orang yang dijangkiti memang sukar kerana
ramai yang terlepas daripada dikesan dan ada juga yang tidak mempunyai
gejala.
Selalunya data yang diperolehi lebih rendah dari bilangan sebenar. Kadar kematian adalah salah satu ukuran tahap keganasan.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), kadar kematian akibat jangkitan MERS-CoV adalah 34 peratus,
maksudnya daripada 100 orang yang dijangkiti, 34 orang akan mati.
Manakala kadar kematian jangkitan SARS-CoV pula adalah 9.6 peratus.
Kadar kematian 2019-nCoV pula masih tidak
diketahui dengan tepat kerana penyakit ini masih merebak tetapi kajian
awal setakat ini mungkin di dalam lingkungan 3 hingga 4 peratus.
Ia akan berubah mengikut masa dan ketepatan data.
Satu lagi perbezaan dari aspek tahap keganasan adalah sejauh mana ia boleh merebak sesama manusia.
Ahli Sains menggunakan ukuran R0, simbul untuk “Basic Reproduction Number”.
Contohnya kalau R0 bernilai 2, maksudnya seseorang pesakit akan menjangkiti 2 orang lain dalam satu2 masa.
Jadi, lagi tinggi nilai R0, maka semakin mudah jangkitan disebarkan.
R0 untuk virus MERS-CoV adalah kurang
dari 1 dan SARS-CoV 2-5. Kajian awal ke atas 2019-CoV menunjukkan R0 nya
adalah di dalam lingkungan 3.30-5.40.
Untuk perbandingan dengan virus-virus lain, Ro virus campak adalah 12-18, virus Polio 5-7, virus Rubella 6-7 dan virus Ebola 2.
Jumlah kematian akibat jangkitan virus
dipengaruhi bukan sahaja oleh kadar kematian dan R0, tetapi juga
faktor-faktor manusia, keberkesanan program pencegahan dan rawatan di
sesebuah negara.
Walaupun kadar kematian tidak tinggi,
jika berlaku di tempat yang populasinya padat dan sering bergerak,
ditambah pula dengan kelemahan mengawal penyebaran penyakit maka
bilangan yang akan dijangkiti tentulah tinggi.
Maka apabila jumlah yang dijangkiti tinggi, jumlah kematian juga tinggi.
Kadar kematian juga tinggi dalam kalangan kanak2, orang tua dan yang menghidap penyakit2 kronik lain.
Paling membimbangkan adalah jika
jangkitan virus ini berlaku di negara yang padat dan mundur di mana
program pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit kurang berkesan.
Negara kita adalah di antara negara yang
mempunyai program kesihatan yang terbaik di dunia, maka percayalah
kepada perancangan dan tindakan yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan
KKM.
* Datuk Dr Mohd Rushdan B Mohd Noor
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetriks & Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetriks & Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah
RUJUKAN
Mahase E. China Coronavirus: What do we know so far. BMJ 2020;368:m308 doi: 10.1136/bmj.m308 (Published 24 January 2020)
World Health Organization. Middle
East respiratory syndrome coronavirus
(MERS-CoV).https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/middle-east-respiratory-syndrome-coronavirus-(mers-cov)
World Health Organization. WHO MERS
global summary and assessment of risk. Aug2018.
https://www.who.int/csr/disease/coronavirus_infections/risk-assessment-august-2018.pdf.
World Health Organization. Consensus
document on the epidemiology of severe acuterespiratory syndrome (SARS).
https://www.who.int/csr/sars/en/WHOconsensus.pdf
Zhao S, Ran J, Musa SS, et al.
Preliminary estimation of the basic reproduction number of novel
coronavirus (2019-nCoV) in China, from 2019 to 2020: A data-driven
analysis in the early phase of the outbreak. doi:
https://doi.org/10.1101/2020.01.23.916395. Posted Jan 24 2020.
Al-Hazmi A. Challenges presented by
MERS corona virus, and SARS corona virus to global health. Saudi J of
Biological Sciences, 2016; http://dx.doi.org/10.1016/j.sjbs.2016.02.019
https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.23.916395v1
https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.23.916395v1
https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/middle-east-respiratory-syndrome-coronavirus-(mers-cov)
https://www.medicalnewstoday.com/articles/262538.php
Tiada ulasan:
Catat Ulasan