Oleh Fazleen Safina
Didesak lepaskan jawatan, tidak layak menjadi menteri jaga perpaduan kaum
BANGI
– Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha
Moorthy menabur fitnah dengan memburukkan imej negara boleh dikira
sebagai melampaui batas.
Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Masyarakat Malaysia (Muafakat), Haji Rashidi Haris berkata, ini bukan
kali pertama menteri menjaga portfolio perpaduan itu melakukan perkara
sedemikian rupa, malah sudah banyak kali.
Justeru, tegas beliau, Waytha Moorthy
perlu dipecat sekiranya kerajaan serius mahukan pemimpin berintegriti
tinggi mentadbir negara.
“Muafakat dari dahulu lagi ketika beliau
memimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), mendesak berulang
kali kepada kerajaan ketika itu, supaya individu ini ditahan, disiasat
dan dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan menghasut rakyat dari
kalangan kaum India supaya membenci kerajaan dan negara ini.
“Soal letak jawatan tidak timbul kerana
beliau sememangnya tidak layak menjadi menteri dan mengapa negara perlu
mengangkat individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan
mendatangkan liabiliti kepada negara?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu, ucapan pembukaan Waytha
Moorthy dikecam ketika dialog anjuran Northern Ireland Council for
Racial Equality(NICRE) bertempat di bangunan Parlimen Northern Ireland,
United Kingdom (UK).
Dilaporkan, setiap hadirin dibekalkan dengan dua lampiran kertas iaitu tentatif majlis dan profil Waytha Moorthy.
Amat mengejutkan dengan maklumat yang
tertera dalam profil Waytha Moorthy, apabila Malaysia digambarkan
sebagai negara dengan undang-undang rimba yang tidak bertamadun.
Kenyataan dalam profil itu bukan sekadar membabitkan Malaysia, bahkan melibatkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam.
Ia juga membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang mempunyai pengikut sekitar 1.8 bilion seluruh dunia.
Menempelak perkara itu, Haji Rashidi
berkata, salah laku melampau Waytha Moorthy jauh lebih teruk dari video
yang pernah tular pada tahun 2008 dan 2009, di mana beliau pernah
mnghantar memo kepada negara-negara luar dalam cubaan untuk mensabotaj
Malaysia.
Beliau berkata, Waytha Moorthy dilaporkan
pernah meminta kerajaan Britain untuk menyingkirkan Malaysia dari Sukan
Komanwel, selain membuat tuntutan supaya Britain membayar ganti rugi
kepada warga India kerana membawa masuk mereka ke Malaysia yang
membabitkan jutaan pound.
“Mengimbas kembali kira-kira 10 tahun
lalu, video yang kemudian muncul kembali pada tahun 2018,
yakni Moorthy
mendakwa berlaku pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Malaysia,
yang mana beliau mendakwa kaum India telah dipaksa memeluk agama Islam,
isu 10,000 kuil dirobohkan dan beberapa perkara lain.
“Penularan kembali video lama pemimpin
Hindraf itu bagaimanapun dinafikan dengan alasan ianya sebagai
propaganda ‘cyber trooper’, untuk menimbulkan sentimen ketidakyakinan
kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan