TOKYO (Reuters) – Harga minyak menyusut lagi dua peratus hari ini berikutan peningkatan kes-kes koronavirus.
Dalam pada itu, halangan keluar-masuk yang dikenakan China juga dikhuatiri akan memburukkan lagi permintaan terhadap minyak mentah.
Sebelum itu, ia telah jatuh ke AS$58.68, paras terendah sejak akhir Oktober.
Minyak mentah US CLc1 pula jatuh sebanyak AS$1.14 atau 2.1 peratus kepada AS$53.05.
Menurut Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman Al-Saud pada Isnin, beliau sedang memantau perkembangan di China dan berasa yakin virus baharu itu mampu dikawal.
“Pasaran sedang dipacu oleh faktor-faktor psikologi dan jangkaan buruk sebahagian peserta pasaran, sedangkan impak virus tersebut sangat kecil terhadap permintaan minyak global,” katanya.
Dengan keupayaan virus terbaharu itu tersebar dengan cepat, hampir semua pasaran kewangan utama terjejas meskipun kebanyakan bursa Asia ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina.- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan