“AIR
pasang bertembung hujan lebat yang membuatkan air naik deras hingga ke
paras perut,” kata mangsa banjir, Mohd Elham Abdul Rahman, menceritakan
detik cemas kejadian yang melanda kediamannya di Kampung Tuah Jaya,
Taman Perling, Johor Bahru.
Mohd Elham, 34, yang pada ketika itu bersama tiga anak perempuannya berusia dua hingga tujuh tahun berada di bilik tidur untuk berehat mula menyedari hujan lebat kira-kira jam 1 tengah hari, semalam sebelum air mula naik pada paras buku lali.
“Sepanjang tujuh tahun saya sekeluarga menetap di sini, ini pertama kali banjir teruk sehingga menyebabkan semua perabot rumah terapung. Selalunya air naik hanya di dapur, namun kali ini air mengalir deras dari arah beranda depan juga.
“Mujur saya cuti semalam. Pada awalnya saya sedar air naik sebelum bergegas mengalihkan kereta yang parkir di hadapan rumah itu ke surau berhampiran, manakala anak-anak pula bersama ibu dan bapa mertua di rumah.
“Sekembalinya saya, air sudah naik ke paras lutut. Kelam kabut mak abah kemas apa yang boleh diselamatkan. Saya pula capai buku-buku sekolah anak dan mendukung mereka ke loteng belakang rumah yang lebih tinggi.
“Mujur pakaian sekolah mereka selamat sebab baru basuh dan masih dijemur di loteng berkenaan. Bayangkan dalam tempoh 15 minit, tangga loteng yang ada lapan anak tangga itu hanya tinggal dua anak tangga paras air yang naik,” katanya.
Mohd Elham cuba meminta pertolongan jirannya untuk menyelamatkan anak-anak, namun masing-masing dalam keadaan panik, selain ibu bapa mertuanya risau anak seusia itu akan tenggelam.
“Sejurus pasukan bomba tiba, bagaikan satu kelegaan anak-anak saya selamat.
Sungguhpun mereka menangis sepanjang masa dan takut mahu menyarung jaket keselamatan, namun kesemua ahli keluarga saya selamat.
“Sehingga kini, mereka ditempatkan sementara di rumah ibu dan ayah saya di Taman Johor Jaya, dekat sini, manakala saya akan mula mengemas rumah berikutan dimaklumkan air sudah mula surut dan dijangka boleh pulang menjelang tengah hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah ini membabitkan 211 mangsa banjir daripada 58 keluarga, sejak malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, berkata, empat daerah berkenaan membabitkan Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Pontian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan