HO akui penyakit pernafasan berada dalam keadaan kecemasan di China
BEIJING – Jumlah kematian di China akibat wabak coronavirus kini meningkat kepada 170 orang, lapor media negara.
Hubei mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu seramai 37 orang.
Sementara
itu, sejumlah 7,711 orang di China kini disahkan mempunyai jangkitan,
dengan 1,032 kes baharu berlaku di Hubei, dan pesakit pertama di Tibet
turut disahkan mempunyai jangkitan.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), semalam memberi amaran kepada semua kerajaan
untuk ‘mengambil tindakan’ terhadap virus yang kini merebak seperti
Sindrom Penafasan Yang Teruk (SARS) yang berasal dari ibu kota Hubei,
Wuhan kerana beratus-ratus warga asing telah pun keluar dari bandar itu.
Di luar
China, berpuluh negara telah melaporkan penyakit itu, dengan kes
terbaharu dilaporkan berlaku semalam di Finland dan Emiriah Arab Bersatu
(UAE).
WHO akan
mengadakan mesyuarat tergempar hari ini, untuk membincangkan sama ada
wabak itu harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global – suatu
penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi
antarabangsa.
Agensi itu
mengakui penyakit pernafasan berada dalam keadaan kecemasan di China,
tetapi pada minggu lalu berkata, ia terlalu awal untuk mengumumkan wabak
itu sebagai kecemasan kesihatan awam peringkat global. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan