LELAKI maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabas hingga terhumban ke seberang anak sungai di Kilometer 2, Jalan Kubong, Limbang, 5.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Norazaman Kayok, 47, dari Kampung Lubok Bidai.
“Kereta itu dari arah bandar Limbang ke Kubong sebelum hilang kawalan dan terlanggar penghadang besi. Ia kemudiannya terhumban ke seberang sungai kecil tepi jalan,” katanya.
Katanya, seorang penumpang wanita berusia 35 tahun parah manakala seorang lagi penumpang wanita cedera ringan.
“Mujurlah kereta itu tidak terjunam ke dalam sungai,” katanya.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Limbang manakala dua lagi mangsa dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan