Hanya gara-gara syor kenaikan saman sebagai amaran salah laku trafik
BANGI
– Netizen Cina dalam satu halaman di Facebook bertindak kurang ajar
apabila menggunakan kata-kata biadab terhadap saranan polis kepada
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menaikkan kadar saman trafik
sebagai amaran kepada pesalah jalan raya.
Netizen berkenaan menyifatkan, cadangan
menaikkan kadar saman antara RM1,000 ke RM5,000 sebagai `perompak wang’
dan menjadikan polis sebagai `raja rasuah’.
“Polis hendak menjadi raja rasuah,” demikian gelaran diberi oleh Ooi Afred.
“Boleh selesaikan masalah ke? Atau sebenarnya nak merompak wang?,” dakwa netizen dikenali sebagai Cheng Chen Meng.
Sebuah portal Cina pada 25 Januari lalu
melaporkan, polis akan mencadangkan kenaikan kadar saman trafik kepada
JPJ, sebagai amaran kepada pengguna jalan raya yang melanggar
undang-undang trafik.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik (JSPT) Bukit Aman menyatakan, berdasarkan undang-undang trafik
sedia ada, kadar saman adalah di antara RM30 hingga RM300.
Katanya, sebahagian pengguna jalan raya
masih melanggar undang-undang trafik dan tidak pernah insaf, walaupun
telah dikeluarkan saman.
Bagaimanapun, kenaikan kadar saman
hanyalah cadangan pihak polis, malah ini bukan kali pertama kerana
sebelum ini pernah dikemukakan, tetapi akhirnya tidak berhasil.
Sementara itu, netizen yang dikenali sebagai Koh Kian Teck mendakwa, menaikkan kadar saman hanya akan menyebabkan rasuah.
“Pengajaran, hanya penguatkuasaan yang tegas dan hukuman tanpa duit dapat menyelesaikan masalah,” katanya.
Sementara Felix Tan menyifatkan, pihak berkuasa hanya tahu menambahkan beban.
“Sukar untuk menyelesaikan masalah, mak
kamu punya PH (Pakatan Harapan) apa yang sedang kamu lakukan? Adakah
bersuara untuk rakyat?,” soalnya.
“Patutlah seluruh dunia kata Malaysia adalah sebuah negara perompak! Hantu hisap darah punya tempat!,” itu pula kata KC Loke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan