MTN tetapkan tempoh pajakan tanah tak boleh lebih 99 tahun
IPOH
– Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak, hari ini, mendesak
kerajaan negeri supaya mempertahankan pelaksanaan dasar Majlis Tanah
Negara (MTN) berhubung pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada
kampung-kampung baru di negeri itu.
Timbalan Presiden Gagasan Melayu Perak,
Norali Nordin berkata, mesyuarat MTN pada 25 April 1997 telah menetapkan
bahawa tempoh pajakan tanah di kampung-kampung baru hendaklah
sekurang-kurangnya 60 tahun, tetapi tidak melebihi 99 tahun.
“Segala dasar MTN hendaklah dipatuhi oleh
kerajaan negeri bagi memastikan keseragaman undang-undang dicapai dalam
memberi keadilan yang saksama kepada rakyat dan pelanggaran dasar yang
dilaksanakan MTN itu boleh mengakibatkan kerajaan negeri dianggap
sebagai sebuah negeri yang tidak tahu menghormati keluhuran
perlembagaan.” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Majlis
Tindakan Rakyat Perak dan Wira Perkasa Perak, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor
Ming melaporkan beliau mahukan kerajaan negeri memberikan status hak
milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru,
seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan
raya umum ke-14 yang lepas.
Nga berkata, kuasa untuk meminda perkara
hal ehwal tanah berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan
tertakluk kepada MTN. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan