Yusoff sebelum ini mengadakan sidang media dan akuan berkanun menuduh Presiden PKR itu melakukan serangan seksual terhadapnya dalam kejadian pada 2 Oktober 2018.
Artikel berkaitan: Ramkarpal terima arahan Anwar mulakan saman fitnah terhadap Yusoff
Menurut Ramkarpal, nasihat beliau kepada anak guamnya itu berikutan satu saman lain yang difailkan oleh setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap Yusoff Jumaat lepas.
Keputusan itu juga, kata Anwar, berkait dengan keputusan peguamcara negara untuk tidak meneruskan kes jenayah berhubung laporan polis Yusoff yang mendakwa Anwar membuat serangan seksual ke atasnya pada Okt 2018.
Artikel berkaitan: Wujud keterangan bercanggah, kes Yusoff Rawther terhadap Anwar ditutup
Anwar dalam reaksinya terhadap keputusan PeguamCara Negara itu berkata, beliau tidak dapat memaafkan bekas pembantu penyelidiknyayang telah menuduh beliau melakukan serangan seksual.
“Meskipun dakwaan yang sah perlu disiasat mengikut proses yang sepatutnya namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan menghina terhadap saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan