Azisman (kanan) dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Menurutnya, tanggungjawab JSPT adalah dari segi penguatkuasaan dan siasatan.
"Kita masih menggunakan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan dalam masa sama kita juga ada undang-undang lain yang boleh digunakan.
"Kita akan mencadangkan kepada kementerian (Kementerian Pengangkutan) untuk meminda APJ bagi memberi hukuman berat dan setimpal terutama kepada pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Azisman berkata, pihaknya percaya masyarakat juga mengalu-alukan cadangan ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Ford Ranger direman empat hari
Katanya, pihaknya sentiasa bersedia sekiranya dipanggil oleh pihak kementerian untuk membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini.
Sementara itu, polis akan menguatkuasakan Seksyen 42 APJ 1987 bagi menangani isu samseng jalanan yang memperuntukkan hukuman denda yang tinggi dan penjara mandatori.
"Sesiapa yang bawa kenderaan berbahaya dan melulu akan disiasat mengikut seksyen ini yang amat ditakuti golongan mat rempit jika mereka ditahan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan