Rabu, 20 November 2019

Undi tidak percaya di Melaka Khamis ini?

MALAYSIA GAZETTE
adly-zahari
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari
 

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengenai “kerajaan pintu belakang” bukan sahaja bertiup di Parlimen, tetapi juga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

China Press melaporkan, seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka telah bertemu dengan wakil rakyat UMNO di luar negara bagi mengukuhkan rancangan menjatuhkan Adly Zahari daripada jawatan ketua menteri pada Khamis akan datang.

Sumber berkata, undi tidak percaya akan dilakukan dengan menafikan bajet negeri yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Dikhabarkan, seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH termasuk seorang keturunan Cina akan bekerjasama dengan ADUN UMNO untuk memberi laluan kepada “kerajaan pintu belakang” .

Sekiranya terdapat ADUN PH yang melepaskan hak mengundi, maka pembangkang yang terdiri daripada wakil UMNO boleh menafikan bajet melalui 13 undi mereka.

Penafian bajet negeri tidak lain seperti undi tidak percaya terhadap kepimpinan Adly.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis bagaimanapun telah menafikan pembabitannya dalam “kerajaan pintu belakang” walaupun namanya disebut-sebutkan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: