Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Petunjuk jelas masyarakat Cina menyokong calon dari kaum mereka
BANGI– Kegagalan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Parlimen Tanjung
Piai merupakan isyarat bahawa rakyat sudah muak dengan pentadbiran
sekarang.
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Barisan
Jemaah Islamiah Se Malaysia (Berjasa), Asral Widad Ahmad Asnawi berkata,
kekalahan itu juga merupakan mesej besar kepada Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad supaya lebih berhati-hati.
Bahkan, kata beliau, kemenangan Barisan
Nasional (BN) melalui Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dengan majoriti 15,086
undi juga menunjukkan masyarakat Cina akan tetap mengundi calon dari
kaum mereka.
“Kekalahan itu juga mesej besar kepada
penduduk Melayu supaya sedar sebelum negara kita diperkotak-katikkan
oleh orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikam BN memperoleh 25,466 undi daripada 128 peti undi.
Calon BN, Jeck Seng menewaskan pencabar utama dari PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi serta empat pencabar lain.
Dalam perkembangan lain, meskipun tewas
Asral Widad menyifatkan, Berjasa sudah menang dari sudut ‘visibility’
atau pembabitan dalam pilihan raya berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa Berjasa akan kekal dengan prinsip untuk mengembalikan dominasi orang Islam ke Parlimen.
“Kami tetap akan meneruskan perjuangan serta memberi signal bahawa tempat-tempat majoriti orang Islam perlu hantar orang Melayu.
“MCA dan MIC pergilah hantar ke kawasan
bukan Islam dan berlawanlah dengan DAP. Di tempat majoriti orang Islam,
harus orang Islam yang dihantar menjadi wakil rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan