Selasa, 9 Julai 2019

Peneroka Felda boikot Tun M?

Wartawan MalaysiaGazette

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
 
KUALA LUMPUR – Peneroka Felda boikot Tun M?

Itu gambaran diberi beberapa pemimpin UMNO ekoran tular video sebahagian peneroka keluar beramai-ramai semasa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Insiden itu berlaku semasa Perdana Menteri berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di Rompin hari ini.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan dalam status media sosialnya turut memuatnaik video yang bertajuk ‘Peneroka Felda Boikot Mahathir’ hari ini.

“Peneroka Felda Merana! Ini adalah reaksi mereka terhadap kerajaan PH yang terbukti Gagal menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan peneroka,” tulis Zahida.

Ada juga tular gambar beberapa pemimpin UMNO berdiri di luar khemah semasa perasmian dibuat seakan-akan protes namun ia tidak dapat disahihkan.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

Tiada ulasan: