Jumaat, 5 Julai 2019

Idea isytihar harta merupakan teori komunis dan sosialis - Pas

Astro Awani
Idea isytihar harta merupakan teori komunis dan sosialis - Pas
ABDUL HADI: Teori isytihar harta ni secara umum adalah teori komunis dan sosialis. - Gambar fail/Astro AWANI
 

MARANG: Pas hari ini menyifatkan idea pengisytiharan harta secara umum merupakan teori komunis dan sosialis.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ada kemungkinan idea itu diceduk dari pemikiran sosialis yang dibawa oleh parti DAP.

"Isytihar harta ni, ada wajib, ada masa (ia) haram, ada masa (ia) sunat... bukan secara mutlak. Tengok keadaan, kalau isytihar harta tu kepada orang yang kita tahu akan menyebabkan rasuah dan penyelewengan, itu wajib.

"Orang yang kita tahu dia tak ada apa-apa, itu tak diwajibkan atau dilonggarkan. Orang yang nak berbangga dengan harta dia, itu haram... bermegah dengan mengisytihar harta.

"Teori isytihar harta ni secara umum adalah teori komunis dan sosialis," katanya dalam sati kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytihar harta mereka serta isteri atau suami dan anak kepada Speaker Dewan Rakyat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Bagaimanpun Pas berkata, parti itu tidak akan menyokong usul berkenaan, kerana menurut mereka, Islam melarang umatnya berbuat demikian.

Tiada ulasan: