Selasa, 2 Julai 2019

Dulu tuduh BN jual negara kepada China, sekarang…

ainulillia 

 

PH siap lantik warga China terajui syarikat pelaburan negara


KUALA LUMPUR– “Penyokong PH yang tuduh BN dan Datuk Seri Najib Razak jual negara kepada China, ramai dah masuk gua sebab kesipuan yang melampau,” sinis Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Khazanah Nasional Bhd yang melantik tiga anggota lembaga pengarah baharu termasuk dua individu warga China. 

Sebelum ini, netizen dilaporkan sering menuduh bekas perdana menteri menjual negara kepada China kerana hubungan diplomasi serta pelbagai pelaburan yang masuk dari negara republik itu ke Malaysia.

Pun begitu, membidas tuduhan berkenaan, Adnan berkata, kerajaan PH bukan sahaja menjalinkan hubungan dagang dengan China malah, melantik warganegara China sebagai pengarah Khazanah. 

“Mana tak dulu bukan main lagi kutuk BN, sekarang dah tak tahu nak letak muka kat mana.

“Kerajaan PH ini bukan macam BN yang setakat jalinkan hubungan dagang dengan China, tetapi siap lantik warga China sebagai pengarah dalam syarikat pelaburan milik negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dua warga China yang dilantik adalah Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang serta, Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.


Tiada ulasan: