Penasihat kepada menteri ekonomi Khalid Jaafar digesa menghentikan 'serangan' terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim atas alasan beliau enggan mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.
R Suresh Kumar, setiausaha khas kepada Anwar memberitahu bahawa kenyataan Khalid sebagai tidak matang.
"Saya terkejut dengan kenyataan Khalid yang 'serang' Anwar kerana tidak mengambil tindakan terhadap Haziq.
“Khalid perlu fahami bahawa tindakan tergesa-gesa terhadap Haziq bukan mencemarkan nama PKR tetapi juga karier Azmin sendiri,” katanya.
Menurutnya, sebagai parti, PKR tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya kerana pengakuan oleh Haziq yang masih tidak jelas ketulenan.
"Bagaimana nak ambil terhadap Haziq? Berdasarkan pengakuan beliau? Kalau betul nak ambil tindakan terhadap Haziq berdasarkan pengakuannya, tindakan sama yang perlu diambil terhadap Azmin.
"Ingat, Haziq bukan sahaja mengakui dirinya merupakan individu dalam video tersebut. Tetapi, beliau juga mengesahkan Azmin merupakan individu bersamanya dalam video tersebut.
"Sebab itu, PKR membenarkan polis membuat siasatan terhadap kes ini sebelum mengambil sebarang tindakan," tegas Suresh lagi.
Semalam, Khalid mengkritik PKR kerana tidak mengambil tindakan terhadap Haziq mendakwa perkara itu mencemarkan nama PKR dalam kalangan orang Melayu dan Islam.
"Kealpaan ini akan dilihat sebagai kegagalan kepemimpinan dalam PKR, khususnya presiden PKR (Anwar Ibrahim)," katanya melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook.
Khalid merujuk kontroversi pengakuan Haziq berhubung klip video lucah serta dakwaannya bahawa Azmin merupakan individu yang bersamanya dalam rakaman itu.
"Bukan sahaja apa yang beliau lakukan dilihat amat jijik oleh masyarakat Melayu dan Islam.
Perbuatan itu juga satu jenayah," tambahnya.
Bagaimanapun, Suresh menyifatkan kenyataan Khalid sebagai tindakan gopoh dan kurang matang.
"Saya sekali lagi ingin tekankan, sekiranya kira percaya kepada kenyataan Haziq yang mengatakan beliau adalah individu dalam video, maka kita secara tidak langsung mengakui bahawa Azmin adalah individu yang bersamanya.
"Biar, polis siasat dan ambil sebarang tindakan," jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan