PETALING JAYA: Tiada pihak yang
mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam
inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, ia sekali gus menyebabkan kemungkinan tiada sebarang masalah timbul berkaitan isu berkenaan.
"Mana-mana peguam yang mahu dilantik mesti melalui Jabatan Peguam Negara. Jadi sebelum ini saya melakukan pelantikan sendiri dan beliau terlibat dalam inkues berkenaan. Sepanjang inkues itu, tidak seorangpun yang membangkitkan isu (peguam dilantik) berkenaan sehingga saya fikir semuanya baik-baik saja.
"Jadi sekarang kita perlu membuat perkara yang betul supaya kita kembali ke Jabatan Peguam Negara, jadi kita perlu melantik seseorang dari pihak Jabatan Peguam Negara.

"Jadi sekarang mereka akan mengesyorkan DPP kanan, dua atau tiga nama untuk saya pilih," katanya.
Zuraida berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan Speedhome di sini, pada Isnin.
BACA: Inkues Adib: Zuraida tunggu tiga nama DPP ganti Syazlin
BACA: Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Speedhome atau nama asalnya Speedrent ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Wong Whei Meng.
Ia merupakan platform sewa rumah yang mudah diakses dan selamat untuk tuan rumah dan penyewa.
Sebelum ini, Zuraida dilaporkan melantik Syazlin tanpa pengetahuan Peguam Negara Tommy Thomas.
Terdahulu, Zuraida memberitahu, kementeriannya masih menunggu tiga nama timbalan pendakwa raya (DPP) yang dicadangkan Jabatan Peguam Negara untuk menggantikan Syazlin dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib.
Salah seorang peguam itu juga akan dipilih olehnya untuk mewakili KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Minggu lepas, peguam negara mengemukakan beberapa sebab kenapa Syazlin tidak boleh mewakili KPKT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam inkues ke atas kematian Muhammad Adib, antaranya konflik kepentingan kerana Syazlin juga mewakili keluarga Allahyarham.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan