Menteri belia dan sukan terima kritikan dengan hati yang terbuka.
Syed Saddiq berkata dia menerima teguran untuk menjadi lebih baik.
“Saya terima kritikan dengan hati yang terbuka, saya akan perbaiki diri, saya akan terus fokus kepada amanah di kementerian dan Parlimen Muar,” katanya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili menasihatkan Syed Saddiq supaya menunjukkan contoh lebih baik dalam etika berpakaian, sambil memuatnaik gambar menteri itu bersenam dengan memakai seluar pendek atas paras lutut.
Muhtar memuatnaik gambar itu di Facebook Rabu lalu.
Tidak dapat dipastikan acara yang dipaparkan dalam gambar itu, tetapi Syed Saddiq pada hari pertama bertugas mengajak kakitangan kementerian bersenam sebelum atau selepas waktu bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan