Pilihanraya kecil (PRK) Sungai Kandis dilihat oleh para penganalisis sebagai satu ujian yang bakal mencerminkan masa depan politik pembangkang di Malaysia.
Ditetapkan pada 4 Ogos, PRK itu menjadi ujian pertama kepimpinan Umno yang kini diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipilih sebagai presidennya baru-baru ini.
Oleh itu, penganalisis politik Wong Chin Huat percaya PRK Sungai Kandis akan menjadi kayu ukur terhadap Umno di bawah mantan timbalan mantan perdana menteri.
"Zahid perlu menunjukkan daya juang yang baik untuk membuktikan kerelevanannya.
"Ini adalah pilihan raya pertama selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), dan dalam keadaan Pakatan Harapan Selangor yang kukuh. Ia akan menjadi penunjuk sistem politik masa depan, terutamanya sama ada Umno boleh mengekalkan sokongan atau adakah PAS mampu menyerap penyokong Umno (sekiranya ia bertanding)," kata Wong kepada Malaysiakini.
Beliau meramalkan Umno akan mengalami penurunan sokongan dalam pilihan raya itu kerana "prospek pembaharuan selepas pemilihan parti" telah hilang - ia merujuk kepada kemenangan Zahid ke atas pesaing lain yang dilihat lebih "reformis" - iaitu bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah.
Adakah Umno dan PAS bekerjasama?
Menyentuh sentimen ini ialah pengarah eksekutif Ilham Centre, Hisommuddin Bakar.
Selain menguji populariti Umno di kalangan pengundi, PRK itu juga akan memberikannya peluang untuk Umno memperincikan hubungan kerjasama dengan dua lagi rakan komponen BN - MCA dan MIC - berikutan perpecahan gabungan itu selepas kalah dalam PRU14 .
Ia juga akan menyediakan peluang kerjasama untuk Umno dan PAS.
"Adakah BN akan membantu jentera Umno Selangor?
"Ia juga menarik untuk melihat sikap PAS Selangor terhadap perkara ini, dan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Umno atau kekal sendiri," kata Hisommuddin.
Umno Selangor memberitahu Malaysiakini bahawa ia masih belum membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, manakala PAS sebelum ini berkata ia hanya akan bertanding jika ia satu lawan satu.
Semalam, timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Umno menggunakan logo parti itu sendiri untuk pilihan raya kecil Sungai Kandis.
Parti itu, katanya, perlu mengubah Umno menjadi satu produk baru yang boleh dipasarkan, tidak basi. begitu juga dengan BN kerana "kita memerlukan resipi baru untuk menarik sokongan".
"Mungkin kita boleh mengujinya di Sungai Kandis dengan bertanding di bawah Umno, bukan BN," kaanya dalam sati forum.
Dengan hari penamaan tinggal 10 hari sahaja, hanya PKR yang mengesahkan ia akan bertanding di kerusi tetapi belum mengumumkan calonnya.
Jumlah pengundi dijangka rendah
Dimenangi PKR dalam tiga pilihan raya lalu, Sungai Kandis dianggap sebagai tempat yang selamat untuk parti komponen Pakatan Harapan itu.
Pensyarah UKM, Profesor madya Faisal S Hazis, bersama Wong dan Hisommuddin, meramalkan bahawa PKR akan mengekalkan kerusi dengan selesa, tetapi ketiga-tiga mereka juga memberi amaran bahawa jumlah pengundi akan lebih rendah.
"Pengundi mungkin berfikir bahawa PKR akan memenangi kerusi itu, dan ini mungkin menjejaskan kehadiran pengundi," kata Faisal kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Wong meramalkan bahawa jumlah pengundi adalah hanya 70 peratus - terutamanya kerana pengundi menyedari bahawa keputusan pilihan raya kecil tidak akan menjejaskan keseimbangan kuasa di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan