Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Global Royalty memfailkan saman berkenaan pada 26 Jun bagi menuntut pemulangan kembali barangan kemas berkenaan.
Firma itu memohon perintah mandatori bagi 44 barangan kemas berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta) berkenaan, antara yang dirampas oleh polis berhubung siasatan 1MDB, dikembalikan.
"Ini bukan konspirasi kerana pihak berkuasa merampas 12,000 unit barangan kemas.
"Yang menjadi persoalan hanya 44 unit ini yang tidak ada kaitan dengan siasatan keseluruhan," kata Gurupatham kepada akhbar The Star.
Menurut peguam berkenaan, jika Jabatan Kastam merampas 44 unit barangan kemas tersebut, Rosmah perlu membayar RM60 juta.
"Bagi kami (Global Royalty) seseorang perlu membayarnya.
"Kami perlu menuntut wang itu dari Rosmah," katanya.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam, sebelum ini berkata, barangan berkenaan tertakluk untuk rampasan selanjutnya jika penghantaran tersebut tidak diisytiharkan.
[Baca berita penuh]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan