Selasa, 3 Julai 2018

Najib ditahan, akan dihadapkan ke mahkamah esok

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA, 3 Julai: Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, pasukan itu berkata tangkapan dibuat pada 2.35 petang berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd.

“Mohd Najib akan dituduh esok pada 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya.

Bekas perdana menteri telah hadir ke Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Tiada ulasan: