Bekas
ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan
keluar parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota parlimen
bebas.
“Oleh yang demikian, bermula 1 Julai 2018 dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman, saya mengumumkan keluar daripada parti Umno bersama-sama dengan pengikut setia saya dan saya akan menjadi ahli parlimen bebas
“…bagi maksud yang telah dinyatakan iaitu untuk menjadi ahli parlimen yang berperanan menegur dan menasihati pihak Kerajaan sebagai “check and balance” atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan HARAPAN tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.
“… dan berlandaskan latar belakang saya sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh parlimen yang efektif,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati tidak bertanding dalam pemilihan Umno yang berakhir semalam. Pada PRU14, lalu beliau menang kerusi Anggota Parlimen Masjid Tanah, lapor Malaysiakini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan