Isnin, 9 Julai 2018

Ikat jamin Najib: Wanita UMNO kutip lebih RM261,286

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO hari ini menyerahkan hasil kutipan sumbangan berjumlah RM261,286 serta dua utas gelang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menyediakan wang ikat jamin yang perlu dibayar esok dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu.

Ia dikumpulkan oleh anggota Wanita UMNO di seluruh negara, kata ketua pergerakan itu, Datuk Dr Noraini Ahmad dalam satu kenyataan.

“Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita UMNO untuk membantu Datuk Seri Najib,” katanya.

Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau dibebaskan selepas dua anaknya membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan mahkamah. Ia turut membenarkan bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar pada hari pendakwaan dan esok.

Tiada ulasan: