Jumaat, 13 Julai 2018

Hubungan Ziana Zain dan Armin putus terpaksa

Sinar Harian
Hubungan Ziana Zain dan Armin putus terpaksa
Ziana Zain dan Armin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 12 Julai, 2018. --fotoBERNAMA


SELEPAS 20 tahun mendirikan rumahtangga bersama, bekas pramugara syarikat penerbangan,
Armin Zaharin Ahmad akhirnya melafazkan cerai terhadap penyanyi, Ziana Zain sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Lafaz talak satu itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar jam 2.48 petang selepas membenarkan permohonan Armin mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Selangor.
Armin memakai kemeja putih itu bernada sebak ketika melafazkan cerai.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ziana menjalani iddah selama tiga bulan dan penceraian didaftarkan di pejabat agama.

Terdahulu, Armin memohon mahkamah memberikan kebenaran untuk berjumpa dengan anak mereka.

Bagaimanapun Mohd Nizar berkata, permohonan itu perlu difailkan di mahkamah tinggi.

“Jika ada satu pihak mendapat hak jagaan anak, pihak lain akan menerima hak lawatan,” katanya.

Pada 6 Mac lalu, Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam selepas Ziana membuat laporan polis kerana  mencederakan anaknya.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memerintahkan agar Armin tidak mendekati mangsa.
Ziana Zain, 50, atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu 'Madah Berhelah' dan 'Putus Terpaksa' itu bernikah dengan Armin, 53, pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Tiada ulasan: