Rabu, 4 Julai 2018

Bayi masih hidup dijumpai dalam beg kertas

THE MALAYSIAN TIMES
 


IPOH: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam beg kertas di hadapan sebuah rumah pangsa di Jalan Hospital di sini tengah malam tadi.

Difahamkan bayi itu dijumpai seorang lelaki yang ternampak satu beg kertas digantung di cermin sisi sebuah kereta berisi bayi terbabit pada pukul 12.15 tengah malam.

Bayi yang masih hidup dan hanya kesejukan serta lapar itu dipercayai ditinggalkan sebelum 8.30 malam tadi.

Bayi itu kemudian di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.
Gambar penemuan bayi itu telah tular di laman sosial Facebook hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu.– Bernama

Tiada ulasan: