Ketua
Sekretariat, Aminuddin (kiri) hadir bersama Pengerusi UMMAH, Ismail
Mina (dua kiri) pada Konvensyen Kebangkitan Ummah di Pusat Islam, Kuala
Lumpur foto IQBAL BASRI,
KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mendesak semua
parti politik di negara ini meletakkan agenda menegakkan syiar Islam
dalam manifesto masing-masing atau tidak mendapat sokongan gabungan NGO
itu.
Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahya berkata, agenda dalam
menegaskan syiar Islam perlu diutamakan kerana Islam adalah agama rasmi
dalam Perlembangaan dan tidak menghalang agama lain untuk dipraktikkan.
“Kalau orang lain boleh bercakap mengapa kami tidak? Kita tengok Hindraf pun didengar tuntutan mereka. Kenapa kita tidak boleh?
“Ini semua perlu kepada kehendak politik,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Kebangkitan Ummah di Pusat Islam hari ini. Ketua
Sekretariat, Aminuddin berucap pada Konvensyen Kebangkitan Ummah di
Pusat Islam, Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI
Hadir merasmikan konvensyen kali pertama anjuran Ummah itu adalah pengerusinya, Ismail Mina.
Ujar Aminuddin, pembangkang di negara ini hanya dilihat
mengetengahkan isu tertentu tanpa menyentuh mengenai Islam dan kaum
Melayu.
Lantaran itu, Ummah yang dianggotai lebih 300 NGO Islam akan hanya
menyokong parti politik yang mendokong syiar Islam dan memperkuatkan
kedudukan kaum Melayu di negara ini.
“Dalam manifesto mereka, kita tidak nampak isu syiar Islam
dipamerkan, hanya berkaitan isu rasuah dan bagaimana nak selesaikan.
Kita tidak ada masalah kearah itu, tapi kita nak khusus kepada Islam dan
orang Melayu,
“Kalau nak selesaikan masalah sosial sahaja, negara lain pun bagus
dalam selesaikan masalah itu. New Zealand, Jerman, Australia. Kita bukan
nak itu sahaja, kita nak khususnya kepada bangsa Melayu dan orang
Islam. Itu kami desak,” katanya.
Sekiranya tuntutan ini tidak diambil perhatian, Ummah katanya akan mengadakan himpunan yang lebih besar pada Mac depan.
“Kalau diberi kesempatan, bulan Mac depan kita akan adakah himpunan
raksasa yang lebih besar dan kita sudah dapat komitmen daripada
pertubuhan bukan kerajaan untuk hadir,” tegasnya. -MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan