Khamis, 11 Januari 2018

Saudi benar wanita asing tanpa mahram, tapi usia 25 tahun ke atas sahaja

 
Pelancong wanita ke negara itu diwajibkan ditemani seorang mahram.

arab-saudi-women

PETALING JAYA: Kerajaan Arab Saudi bersetuju mengeluarkan visa kepada pelancong wanita yang hendak mengunjung negara itu berseorangan, dengan syarat mereka perlu berusia 25 tahun ke atas, lapor Arab News.

Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) berkata mereka yang lebih muda daripada itu mesti ditemani seorang mahram jika ingin memasuki negara tersebut.

“Visa pelancong itu akan menjadi visa kemasukan sahaja dan ia sah digunakan dalam tempoh maksimum 30 hari.

“Visa ini ditambah kepada visa sedia ada kerajaan. Ia sah digunakan untuk bekerja, melancong serta mengerjakan haji dan umrah,” kata jurucakap.

Ia merupakan antara yang terkandung dalam sistem baharu pengeluaran visa pelancongan bermula pada suku pertama tahun ini.

Arab Saudi mengenakan undang-undang ketat terhadap wanita, di mana wanita jemaah haji dan umrah juga perlu ditemani oleh seorang anggota mahram sebelum visa diluluskan.

Tiada ulasan: