Datuk
Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah
tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan
pendapatan pekebun kecil. - Gambar Astro AWANI
MACHANG: Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM37.2 juta kepada Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk
melaksanakan program pembangunan fasa pertama bagi pekebun kecil di
Kelantan tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
"Kita berharap peruntukan kedua tidak kurang besarnya.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata antara program pembangunan itu adalah tanaman semula getah dan program keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
"Kita berharap peruntukan kedua tidak kurang besarnya.
Ahmad Jazlan berkata peruntukan itu menunjukan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
Beliau berkata selain Risda, kementerian itu mengarahkan agensinya yang lain seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk meninjau kehidupan rakyat dan membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi.
"Kita tidak mahu golongan miskin tertinggal atau terlepas pandang. Oleh itu, program turun ke akar umbi adalah penting supaya bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan," katanya.
Beliau menjelaskan bantuan itu diberikan tanpa mengira fahaman politik seseorang penerima itu. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan