OLEH NAZLI IBRAHIM
BANGI: Rakyat Selangor diingatkan supaya tidak lagi terpedaya dengan
janji palsu ditabur Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk meraih
sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Dato’ Menteri Besar
Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kepura-puraan Umno-BN
ini dapat dilihat apabila mereka tidak mengendahkan untuk melaksanakan
dasar mementingkan kebajikan rakyat semasa diberikan peluang selama
lebih 50 tahun berkuasa, di Selangor.
“Mereka diberikan peluang untuk berkuasa di Selangor sekian lama tetapi perkara seperti ini tidak pernah dilakukan.
“Sebagai
pembangkang mereka boleh janjikan semua perkara, tetapi saya kira dasar
Kerajaan Negeri hari ini memberikan manfaat langsung kepada rakyat
untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup.
“Contohnya,
enam keluarga yang mendapat tanah pagi ini diberikan pilihan sama ada
untuk membayar premium semasa mengikut Kanun Tanah Selangor atau
membayar minima hanya RM1,000 sahaja,” katanya.
Beliau berkata
demikian ketika mengulas kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham
Jalil yang kononnya Umno-BN mahu menurunkan cukai hartanah di Selangor
bagi mengurangkan harga rumah, kos perniagaan serta harga barangan dan
perkhidmatan pada Majlis Penyerahan Notis 5A di Pejabat Tanah dan Daerah
Hulu Langat, di sini, hari ini.
Sebelum ini, pemimpin Umno-BN
sebelum ditumbangkan Pakatan pada 2008 begitu yakin mereka tidak akan
dapat ditumbangkan parti pembangkang tetapi sebaliknya akan kekal
berkuasa selamanya, di negeri temaju itu.
Keadaan terbabit
menyebabkan pemimpin Umno pada masa itu dilihat sebagai golongan elit
dan angkuh di mata masyarakat kerana kedudukan tinggi dan kemewahan yang
mereka miliki.
Pemimpin Umno pada masa itu juga dengan bongkak
berani menayangkan kekayaan masing-masing termasuk geran tanah yang
dimiliki secara salah kepada rakyat seperti yang pernah diceritakan
penduduk Sungai Besar, Majid Mohd Yusoff, 45, kepada SelangorKini
sedikit masa dahulu.
“Ini memang berlaku, mereka duduk di kedai
kopi masa itu dengan berlagak mengaku gerannya sahaja dah setengah kilo,
tiga keturunan, empat keturunan tak habis makan. Ini perkara biasa pada
mereka di ketika itu, memang cukup angkuh,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan