Isnin, 8 Januari 2018

Johor larang Datuk Hassan Din beri ceramah

ISMA WEB



BANGI – Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, kini dilarang menyampaikan ceramah di negeri Johor.

Ia susulan arahan pihak berkuasa agama Johor yang melarang adik kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu menyampaikan ceramah agama.

Datuk Hassan berkata, beliau mengetahui larangan itu sebaik sahaja tiba di Johor Sabtu lalu, yang sepatutnya menjalankan program ceramah dua hari di Pontian dan dua hari di Muar.

Katanya, perkara itu dimaklumkan pihak masjid, selepas mendapat arahan daripada pihak Majlis Agama Islam Johor.

“Tiba-tiba saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan berceramah,” katanya kepada kepada sebuah portal.

Terdahulu, Johor mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim.

Larangan itu dikeluarkan Johor berikutan pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.


Tiada ulasan: