MSO
Soal siapa yang akan diangkat menjadi PM masih terus menjadi
persoalan dan tidak selesai dalam komponen Pakatan Rakyat. Kenapa? Soal
ini sebenarnya tidak penting tetapi ia cukup "memakan" kepala orang
ramai. Bila soal ini terus didebatkan ia boleh mengganggu kosentrasi
rakyat untuk menyokong PH.
Mulanya nama Dr Mahathir Mohamad sudah dipersetujui untuk diangkat jadi
PM manakala nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya. Tunggu
lagi menunggu saat untuk diistyharkan secara rasmi saja lagi. Semua
kelihatan seperti sudah beres.
7 Januari sempena konvensyen PH dicadangkan untuk mengumumkan nama-nama
itu. Semua beranggapan ia selesai dan soal siapa PM tidak menjadi
masalah lagi.
Apabila PKR tiba-tiba meletakan tiga syarat utama untuk Dr Mahathir jadi
PM, ia mula nampak persetujuan (konsensus) dicapai sebelum ini belum
kemas dan terlerai semula. Kenapa?
Apakah ada gangguan dalam perkara ini. Kenapa PKR semasa konsensus itu
diambil tidak membangkitkan soal syarat yang dikenakan PKR itu. Kenapa
setelah saat hendak diumumkan tiba-tiba dikenakan pula "syarat keparat"
itu?
Perkembangan yang berlaku ini menunjukkan PKR tidak ada pendirian. Atau
pendiriannya sudah digugat oleh elemen lain. Siapakah yang menggugat
pendirian awal PKR itu?
Berlangsung satu talk disampaikan oleh Daim Zainuddin di ibu
negara baru-baru ini, seakan merubah atau memberi idea baharu kepada
orang tertentu dalam PKR untuk menganjak pendirian asal. Antara lain
Daim katanya ada menyebut, Malaysia kini perlu dipimpin oleh anak muda,
hatta untuk jadi PM pun mesti anak muda. Katanya berkias generasi lama
sepertinya adalah generasi "Malaysia Lama" manakala generasi muda
sebagai "Malaysia Baru".
Apakah kenyataan dan istilah diguna Daim itu telah mengganggu pendirian
PKR itu, menjadikan sebahagian orang dalam PKR takut (tidak mempercayai )
kepada Dr Mahathir serta terus menganggap Dr Mahathir adalah Malaysia
Lama. Malaysia Lama yang kontras dengan aspirasi Malaysia Baru?
Maka kerana takut dan kontradik itu diumumkan tiga syarat. 1. Dr
Mahathir hendaklah jadi PM setakat enam bulan sahaja kemudian diganti
dengan Anwar. 2. PKR hendaklah bertanding banyak kerusi, 3. Dr Mahathir
perlu melaksanakan atau melakukan reform yang diperjuangkan Anwar selama
ini.
Syarat-syarat keparat itu tidak penting pun, tetapi ia sengaja dilakukan
untuk menganggu penerimaan Dr Mahathir dengan persetujuan awal itu.
Syarat itu menjadikan keadaan yang dilihat lendik dalam PH sedikit jadi
berkucah semula. Situasi ini sepatutnya tidak patut dibiarkan berlaku
kerana ia menganggu pemikiran umum.
Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah kenapa diadakan talk
dengan Daim itu. Apakah peranan Daim selama ini untuk membantu Pakatan
Harapan secara langsung. Apakah kedudukannya dalam hubungan dengan PH
sehingga perlu mendengar talk beliau? Atau pun beliau menyelit masuk
kerana ingin menganggu perjalanan Pakatan Harapan? Bukankah Daim antara
orang yang tidak akan dimaafi oleh Anwar Ibrahim? Kenapa pula individu
tertentu dalam PKR sendiri dapat melupai dosa Daim kepada Anwar?
Yang rewelnya ada pula orang terperasaan dengan cadangan Daim itu,
berasaskan dia orang muda mewakili Malaysia Baru yang layak menjadi PM.
Siapakah anak muda yang layak diangkat menjadi PM, kerana Dr Mahathir
dilihat tua itu. Siapa yang muda? Apakah dia Nurul Izzah Anwar, atau
Rafizi Ramli, atau pun Saifuddin Nasution Ismail atau siapa? Di celah
itu ada pula orang asing mengambil kesempatan menjual tokoh generasi
muda dengan mengatakan si anu layak jadi PM berasaskan pencapainnya
dalam pentadbiran?
Tampaknya kalau perubahan persetujuan itu ekoran Daim memberi pandangan
itu, Malaysia milik orang muda, maka Daim berperanan untuk
menghuruharakan ini. Daim menjadi kuasa baru menentukan hala tuju PH dan
menentukan barisan kepimpinannya. Dan apakah kelebihan yang ada kepada
Daim. Apakah wang? Keupayaan Daim mengocak kolam PH yang tenang itu
menunjukkan Daim masih melaksanakan kerja-keraj senyap dalam diamnya.
Apabila Daim menyebut soal Malaysia Baru dan Malaysia Lama, bermakna dia
tidak bersetuju Dr Mahathir diangkat menjadi PM. Itu mesej dan
maksudnya. Adapun kenapa kalau Daim tidak bersetuju dengan Dr Mahathir
sebab-sebabnya sukar untuk dijelaskan tetapi ia boleh diketahui.
Esok Majlis Presiden akan bermesyuarat untuk memutuskan apakah
Konvensyen 7 Januari akan diadakan atau tidak. Mesyuarat itu esok
penting kerana dalam konvensyen itu kataknya akan diumumkan secara rasmi
Dr Mahathir sebagai bakal PM.
Mereka yang mengharap PH menjadi penyelamat negara berharap supaya
mesyuarat Majlis Presiden esok berjalan dengan lancar dan dapat
memutuskan soal sama ada perlu atau tidak konvensyen itu diadakan.
Paling penting ialah mengenai pengumuman maufakat untuk menamakan Dr
Mahathir itu. Majlis presiden kena perhalus perkara ini dengan penuh
taakulan.
Jika kata putus mengenai jawatan PM itu tidak dapat dicapai, maka
konvensyen itu tidak diperlukan. Pun begitu juga kalau mesyuarat esok
bersetuju dengan konsensus sebelum ini tetapi tidak dapat jamin
konvensyen akan berjalan dengan tertib lebih baik ia tidak diadakan.
Tanpa kensensus yang kemas dan menyeluruh ia boleh membawa konvensyen
itu sebagai medan untuk bergasak sesama sendiri dan mendedahkan modal
untuk UBN.
Menjelang pilihan raya ini tampaknya rakyat sudah pun bersedia untuk
memberi laluan kepada komponen itu mengambil alih dari UBN, ekoran
kerosakan dan kebusukan yang dilakukan oleh Najib. Cuma dipihak pemuka
pemuka PH sendiri yang masih belum bersiap sedia. Dengan adanya
pertikaian soal siapa paling layak menjadi PM itu menjadikan tumpuan
rakyat sedikit terganggu.
Kalau dalam Piraum akan datang sekali lagi UBN kekal memerintah
kesalahannya bukan lagi kepada rakyat, jangan kata rakyat bodoh atau
sanggup makan upah lalu memilih UBN tetapi pemimpin PH yang gagal
menuntaskan masalah komponen itulah yang perlu dipertanggungjawabkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan